Ruang Teduh Kita
Mungkin saat ini adalah titik terendahmu dalam hidup. Hingga lelah sedih dan kecewa menjadi sahabatmu akhir-akhir ini. Hidup seolah memecut dan melucuti dirimu dalam tuntutannya yang lebih daripada apa yang kamu berikan.
Namun, tidak apa-apa. Percayalah, suatu saat kamu
akan mentertawakan apa yang kamu lalui hari ini akan tiba.
Sabar adalah seni menjalani hidup yang tidak
mudah. Dalamnya sabarmu adalah kekuatan terhebat
untuk menghadapi segala rintangan yang membentang.
Dan, kamu pasti bisa untuk sabar paling dalam.
Jika kita boleh kembali ke masa lalu, mengubah hal-hal dahulu, membaiki kesilapan yang telah berlaku, lantas untuk apa kita risau akan masa hadapan?
Bujang – berjuang untuk memiliki cinta hati tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekeliling, namun tewas mengatasi perasaan dilemanya dan menjadikan dia seorang pengecut.
Adli – begitulah hal-hal yang selalu mengganggu dirinya – menjadikan dia seorang perindu akan masa lalu dan dibelenggu seribu penyesalan.
Namun, kehadiran “jam” yang misteri telah mengubah segala-galanya.
“Hidup kita berubah seiring dengan garis waktu. Dalam peralihan fasa, sukar dipinggirkan rindu yang teguh berkubu.”
Siapa kita untuk menghukum kerinduan?
Ia datang tanpa dipinta, pergi tanpa diusir.
Perit untuk menelan sebungkus kenangan yang pernah hadir, tapi pedih apabila ia berkunjung tanpa sempat kita menyapa.
Dalam dunia yang mana pantun menjadi realiti, hidup Adwa dirasakan tidak lagi bererti. Bertahun yang lalu, ibunya, Teja Ratna telah menghilangkan diri sebelum berlangsungnya perlawanan terakhir Liga Laga Pujangga, gelanggang bersabung pantun. Bermula dari situ, keluarganya dikeji dan dicaci, memaksa Adwa untuk melupakan cita-citanya untuk menjadi anak seni.
Namun, kematian seorang sahabat memaksa Adwa mengikuti pengajian di Akademi Seni Atma Rais Awang (AKSARA), sebuah institut kesenian ternama yang juga alma mater ibunya untuk mencari kebenaran.
Di perhentian bas itu, mereka bertemu. Lelaki muka berminyak. Lelaki gempal yang bermain gitar. Perempuan manis berlesung pipit. Perempuan pemalu bercermin mata. Perempuan garang yang memakai sepit rambut beruang berwarna merah jambu. Kucing yang tidak diketahui siapa tuannya. Pak cik penggemar burung.
Tanpa dirancang, kehidupan mereka terhubung dan sebuah cerita lahir di dunia ini yang sederhana kecil.
Awan makin sarat apabila air ditanggung. Tatkala beban terlalu berat, awan melepaskannya sebagai hujan — air berjatuhan sehingga tiada lagi yang tersisa. Begitulah hati manusia, apabila kesedihan sudah terlalu, tidak salah melepaskannya melalui air mata. Relakanlah tangisan itu sehingga kering air mata. Kata-kata untuk Orang Berduka ialah sebuah naskhah yang sarat dengan rasa. Ditulis dari hati paling dalam, kata-katanya menusuk jauh ke dalam jiwa kita sehingga tumbuh kekuatan untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.
“Detik-detik yang lewat berdetak, sedang memujuk aku untuk bersedia mendepani fasa-fasa menuju dewasa. Hari-hari yang seolah ditunda, ternyata punya sebabnya yang munasabah. Sejauh itu, semesta mengajarkanku cara menghargai setiap bab dalam kisah hidupku.” Menjadi dewasa bererti siap menerima apa jua yang mendatang. Biar ia sepahit kopi, semanis gula atau semasam cuka sekalipun; kita teguk dan jalaninya.
“Kau okey?” Ringkas. Tetapi paling susah nak jawab. Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat. Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun. Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab, “tak”, tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu. Takut hilang kawan. Takut kena marah. “Kau okey tak ni?” Dia hanya senyum segaris. Macam biasa. — Yang Paling Patah antara Kita merupakan novel terkini Ainulfarihah yang sudah menulis sejak 10 tahun lalu. Novel ini merupakan novel pertama beliau bersama JIWA.
Meninggalkan rumahmu, setelah tak berjawab salamku di muka pintu. Tapi rinduku masih di situ, mengetuk bertalu-talu.
Jalan hidup kita berbeza. Ada yang maju ke hadapan, jauh meninggalkan. Ada yang tetap di titik yang sama, tidak sedikit juga yang ketinggalan. Perbezaan menyebabkan kita risau dan keliru. Lalu Alam Mengirim Kaca memberi ruang kepada kita untuk mengenal erti kekeliruan dalam dunia yang jarang sekali mengirim apa yang diidamkan. Sekalipun terhimpit, kita cuba melawan perasaan untuk menyalahkan Tuhan. Agar kita merasa damai dan tenang.
Yang indah memberi kekuatan, ketika sebaliknya memberikan pengajaran. Walau betapa indahnya alam mimpi, kehidupan yang ada sisi baik dan buruk tersebut jugalah yang menjadi pilihan ― sebab itulah kehidupan yang sebenar. Habuk Bintang ialah himpunan 12 cerpen sentuhan Kamil Naim yang acap kali berpesan: “Pilihan kamu yang menentukan kamu.”
Tiada sedikit pun keluhan yang terluah, melainkan peluh yang tidak putus-putus mencurah. Ranjau Sepanjang Jalan membawa kita menyorot kecekalan anak tani menempuhi kegetiran hidup dalam berbudi kepada tanah, dengan jiwa yang pantang menyerah.
Aku ingin menjadi perempuan yang membuatmu berhenti mencari.
Kerana saat itu kau yakin, bahawa akulah yang selama ini kau perlukan. Akulah yang selama ini telah ditakdirkan-Nya untukmu.
Warisnya Kalbu ialah novel Sri Rahayu Mohd Yusof yang pernah memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.
Ada tiga perkara penting terjadi pada 1511 Hijrah:
1. Nosirname, Presiden US yang gila
2. Hajah Nusaybah, wanita berkerusi roda
3. Muhammad Ameen, pemuda dari Nusantara.
Berlari dari Jogja untuk Menemukan Si Dia di Christiania adalah himpunan catatan seorang pengembara muda. Tulisan ini menyentuh perihal kehidupan dan kemanusiaan, yang kerap kali tertimbus daripada mata awam ― kecuali kepada mereka yang mengembara dengan rendah diri dan jiwa yang bersedia menerima realiti.
Aku keliru.
Aku serba salah.
Ah, biarkan aku membuat keputusan sendiri. Jangan ditanya apa akan terjadi nanti.
Andai suatu hari kita kehilangan senjata paling ampuh, yakni doa seorang ibu; apakah yang akan kita lakukan? Adly, seorang mahasiswa yang baru kehilangan ibu mula merasakan hidupnya tidak lagi sama. Oleh kerana terlalu yakin bahawa doa ibulah yang akan membantu dirinya maka Adly memulakan misinya.. Apa itu?
Mereka bersama-sana mengembara ke segenap ceruk kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai indahnya dunia lukisan Monet dan menjejak pencuri berkaki ghaib. Tanpa mereka sedari, sedikit demi sedikit perkara-perkara kecil yang mereka lakukan telah memaut jurang tebing antara dua bangsa.
Orang ingat, mereka boleh miliki cinta. Mereka salah. Cinta bukan untuk dimiliki tetapi untuk diperjuangkan.
Novel pertama karya Usamah mendapat sambutan yang hangat sampai kehidupannya bertukar menjadi senang dan mewah. Sehinggalah suatu hari, Joe Penapi — seorang pengkritik terkenal mengkritik novel kedua dan ketiga tulisan Usamah hingga menyebabkan jualan novel tersebut jatuh merudum dan syarikat penerbitannya gulung tikar! Dapatkah Usamah mengembalikan semangat menulisnya?
JIWA membuka ruang kepada semua pembaca dan penulis fiksyen merentas genre – romantis, fantasi, sains fiksyen, perjuangan, misteri dan sebagainya. Semuanya kami terima dengan tangan terbuka.
Hantarkan karya menarik anda untuk kami nilai dan terbitkan. Emel ke
inibukujiwa@gmail.com